Recent Posts


Extended Network Banners

Wednesday 26 July 2017

PELUANG MENJADI USAHAWAN!!!!

usahawan muda, entrepreneurship, KKLW,MARA


Sukacita dimaklumkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memberi mandat kepada agensi-agensi di bawah KKLW dan GIATMARA sebagai agensi pelaksana bagi Program Mobilepreneur@KKLW.
Program Mobilepreneur@KKLW adalah program yang memberi peluang kepada belia Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40) dan menunjukkan kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan mereka di luar bandar.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada belia luar bandar yang berpendapatan rendah B40 iaitu menggunakan asas pendapatan kurang daripada RM3,860.00
SASARAN/KELAYAKAN PESERTA
a. Bumiputera
b. Lepasan pelatih dari Institusi/Pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan/Badan Berkanun/Badan Professional Lain.
c. Mempunyai Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau setaraf
d. Dari kalangan Miskin Tegar, Miskin dan B40 sahaja
e. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun
f. Memiliki sekurang-kurangnya lesen Motosikal kelas B2
g. Keutamaan kepada masyarakat luar bandar/pinggir bandar
Program Mobilepreneur@KKLW memberi fokus kepada perkhidmatan dan bukan produk. Skop perkhidmatan Mobilepreneur@KKLW memberi tumpuan kepada 13 perkhidmatan berikut:-
a. Perkhidmatan Automotif
b. Perkhidmatan Penghawa Dingin
c. Perkhidmatan Elektrikal
d. Perkhidmatan Spa dan Kecantikan
e. Perkhidmatan Jahitan
f. Perkhidmatan Gunting/Dandanan Rambut
g. Perkhidmatan Motosikal
h. Perkhidmatan Kimpalan
i. Perkhidmatan Komputer
j. Perkhidmatan Elektronik
k. Perkhidmatan Senggaraan Paip
l. Perkhidmatan Senggaraan Bangunan
m. Perkhidmatan Fotografi
SKOP BANTUAN peserta adalah seperti berikut:-
a. Motosikal - RM5,000
b. Peralatan - RM3,500
c. Latihan & Pembangunan Keusahawanan - RM1,500
***Jumlah Peruntukan Per Peserta = RM10,000
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada mana-mana peserta daripada Institusi atau Pusat Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan-Badan Profesional.
Peserta telah menjalani kursus kemahiran dan telah mempunyai Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau yang setaraf.
Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat GIATMARA Negeri, pusat GIATMARA dan di semua agensi di bawah KKLW.
Info lanjut sila klik>>> http://lynk.my/yS2H

0 comments:

Post a Comment