SAMBUTAN HARI MARA KE-52 TAHUN

01 MAC 2018 DEWAN KENYALANG IKM BINTULU

RAMADAN 2018

Jommmm Ramai-ramai kita rebut TAWARAN ISTIMEWA INI.

Tahniah Atas Kejayaan Anda..

Jangan pernah berhenti berusaha...

Safety Day Ikm Bintulu

Mobil Legends,PES 2018,DOTA, Counter Strike(Hubungi 0145771568)..

Berminat menyertai e-usahawan..??

mdsaja.blogspot.com

Recent Posts


Extended Network Banners

Tuesday 19 September 2017

eUsahawan Mikro

eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional
dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital.
Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

DAFTAR SEKARANG>>>............https://youcanduit.mdec.my/bm

Sunday 20 August 2017

PROGRAM BUKIT LAMBIR #ROADTOSUKAT

BUKIT LAMBIR MIRI

Taman Negara Bukit Lambir yang terkenal ini terletak di sepanjang jalan Miri-Bintulu, 36 km barat daya bandar Miri di Sarawak, Timur Malaysia. Ia diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1975, dan meliputi kawasan seluas 6,952 hektar. 

Terdapat kita-kira 1,173 spesis pokok, dengan 286 genus dan 81 keluarga pokok menjadikan Lambir sebagai salah satu hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia. Haiwan liar juga boleh dijumpai di kawasan pedalaman taman, terutamanya monyet, beruang, tenggiling dan kelawar.

Waktu terbaik untuk melawat taman ini adalah di waktu pagi, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berjalan di sepanjang denai di taman. Tarikan utama taman ini adalah air terjun yang cantik, dan Air Terjun Latak yang terletak hanya 0.18 km adalah yang paling dekat. Ia mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari pejabat Taman. Anda akan mengambil masa yang lebih lama, jika anda berhenti untuk melihat flora dan fauna di sepanjang jalan.

Sebelum memasuki taman, anda perlu mendaftar di pejabat Taman di mana pemandu arah akan memberi penerangan mengenai beberapa peraturan keselamatan sebelum memasuki taman. Jika anda mahu ke air terjun yang terletak lebih jauh, adalah lebih baik jika anda bertolak di awal pagi kerana perjalanan akan mengambil masa beberapa jam. Pemandu arah juga akan mengiringi pelawat ke pintu keluar pada pukul 5 petang kerana pintu pagar taman akan ditutup pada masa ini. 

Antara air terjun lain di dalam taman adalah yang terletak di denai Pantu seperti air terjun Pantu dan Nibong. Perjalanan ke sana memakan masa selama dua jam. Selain itu, terdapat juga air terjun Pancur, Tengkorong dan Dinding di sepanjang denai Bakam. Denai utama yang lain adalah Main dan Lepoh-Ridan. Terdapat banyak lagi denai di dalam taman, dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Taman.

Terdapat sebuah Menara Pokok setinggi 22 meter di Denai Pantu, kira-kira satu kilometer dari pejabat Taman. Pelawat boleh memanjat naik dan melihat pemandangan hutan Dipterocarp yang mengagumkan. Ia juga tempat yang bagus untuk mengkaji burung.

Mari melawat Taman Negara Bukit Lambir dan nikmati salah satu keajaiban alam semula jadi yang terbaik.





BUKIT LAMBIR



BUKIT LAMBIR


BUKIT LAMBIR







Thursday 10 August 2017

KEPUTUSAN PEMBENTANAGAN RANCANGAN PERNIAGAAN KELAB USAHAWAN 2017

KEPUTUSAN PEMBENTANGAN RANCANGAN PERNIAGAAN KELAB USAHAWAN MUDA IKM BINTULU

KUMPULAN 1               KEPUTUSAN:-   BERJAYA,
 -Haziq                           TEMPAT :-                          
-Abilfida
-Nazmi



KUMPULAN 2              KEPUTUSAN :-  BERJAYA          
- Masroni                   TEMPAT BERNIAGA:-  DATARAN USAHAWAN IKM
-Amu
-adliyana
-Sabrina



KUMPULAN 3                 KEPUTUSAN :- BERJAYA          
-ummi                            TEMPAT BERNIAGA :- DATARAN USAHAWAN IKM
-syuhaida
-anis
-nisa
-eqah

KUMPULAN 4               KEPUTUSAN :- BERJAYA
-Luccyana                       TEMPAT BERNIAGA:- DATARAN USAHAWAN IKM
-Philomena
-Jesscica
-Elizabeth

KUMPULAN 5              KEPUTUSAN :- BERJAYA
-ERIC                            TEMPAT BERNIAGA :- DATARAN USAHAWAN IKM
-FREDIE

 KUMPULAN 6           KEPUTUSAN:- BERJAYA
-SHAH ASFIRA           TEMPAT BERNIAGA:- DATARAN USAHAWAN IKM
-OLIVIA
-SITI RUBIANI
-NUR AIRANE
-NURUL FATIHAH NORIZA

KUMPULAN 7                               KEPUTUSAN: BERJAYA
-NUR FAZATUL NABILA                TEMPAT BERNIAGA:- DATARAN USAHAWAN IKM
-DAYANG SOLEHAH
-NUR BAZILAH

KUMPULAN 8                               KEPUTUSAN :- BERJAYA
-KHAI                                           TEMPAT BERNIAGA :
-FAIRUZ
-OZLY

KUMPULAN 9                           KEPUTUSAN :- BERJAYA
-NURMAN                            TEMPAT BERNIAGA  :- DATARAN USAHAWAN IKM
-ZUWAN
-EJUL
-ALEP

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA...

PERASMIAN DATARAN USAHAWAN IKM BINTULU AKAN DIADAKAN PADA 15/08/2017(SELASA). JAM 8.30 MALAM.

Wednesday 26 July 2017

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran MARA Kuching






Jawatan : Penolong Pegawai Latihan Latihan Vokasional
 Teknologi Kejuruteraan Automotif - 1
 Teknologi Kimpalan – 2
 Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan -2
 Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik & Industri Kuasa – 4
Syarat Kelayakan : Sijil / Diploma
Tarikh Tutup : 10 Ogos 2017


PELUANG MENJADI USAHAWAN!!!!

usahawan muda, entrepreneurship, KKLW,MARA


Sukacita dimaklumkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memberi mandat kepada agensi-agensi di bawah KKLW dan GIATMARA sebagai agensi pelaksana bagi Program Mobilepreneur@KKLW.
Program Mobilepreneur@KKLW adalah program yang memberi peluang kepada belia Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40) dan menunjukkan kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan mereka di luar bandar.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada belia luar bandar yang berpendapatan rendah B40 iaitu menggunakan asas pendapatan kurang daripada RM3,860.00
SASARAN/KELAYAKAN PESERTA
a. Bumiputera
b. Lepasan pelatih dari Institusi/Pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan/Badan Berkanun/Badan Professional Lain.
c. Mempunyai Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau setaraf
d. Dari kalangan Miskin Tegar, Miskin dan B40 sahaja
e. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun
f. Memiliki sekurang-kurangnya lesen Motosikal kelas B2
g. Keutamaan kepada masyarakat luar bandar/pinggir bandar
Program Mobilepreneur@KKLW memberi fokus kepada perkhidmatan dan bukan produk. Skop perkhidmatan Mobilepreneur@KKLW memberi tumpuan kepada 13 perkhidmatan berikut:-
a. Perkhidmatan Automotif
b. Perkhidmatan Penghawa Dingin
c. Perkhidmatan Elektrikal
d. Perkhidmatan Spa dan Kecantikan
e. Perkhidmatan Jahitan
f. Perkhidmatan Gunting/Dandanan Rambut
g. Perkhidmatan Motosikal
h. Perkhidmatan Kimpalan
i. Perkhidmatan Komputer
j. Perkhidmatan Elektronik
k. Perkhidmatan Senggaraan Paip
l. Perkhidmatan Senggaraan Bangunan
m. Perkhidmatan Fotografi
SKOP BANTUAN peserta adalah seperti berikut:-
a. Motosikal - RM5,000
b. Peralatan - RM3,500
c. Latihan & Pembangunan Keusahawanan - RM1,500
***Jumlah Peruntukan Per Peserta = RM10,000
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada mana-mana peserta daripada Institusi atau Pusat Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan-Badan Profesional.
Peserta telah menjalani kursus kemahiran dan telah mempunyai Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau yang setaraf.
Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat GIATMARA Negeri, pusat GIATMARA dan di semua agensi di bawah KKLW.
Info lanjut sila klik>>> http://lynk.my/yS2H

Saturday 8 July 2017

5 KESILAPAN PENIAGA BILA BUAT IKLAN FB ADS




5 KESILAPAN PENIAGA BILA BUAT IKLAN FB ADS ðŸ’¥
===========================
.
1. Tak Buat Customer Avatar 
.
Apakah itu Customer Avatar ? Customer Avatar adalah seperti biodata bakal customer anda. Anda dah ada produk untuk dijual kepada bakal customer anda. Tapi, siapakah mereka ? 
.
Di mana mereka tinggal ? Mereka ini jantinanya apa ? Apakah status mereka ? Dah ada anak belum ? Masih bekerja ataupun tidak ? Anggaran Umur ?
.
Kenapa penting sangat customer avatar ni?
.
Iklan anda lebih berkesan jika anda tahu pada siapa yg perlu lihat iklan produk anda. Dan anda tak perlu membazir wang untuk iklan pada yg tak mungkin akan membeli. 
.
Lagi satu memudahkan anda buat ayat iklan. Ia lebih mudah ditulis jika kita tahu pada siapa kita nak sampaikan, siapa yg kita nak suruh beli. Contoh iklan ni tuju pada wanita, tapi copywriting cerita tentang lelaki ? memang takk ngam laa! aigoooo..


.
.
2. Tak Letak 'Language' di Bahagian Setting
.
Kecilkan audiens anda dengan target pada audiens yg menggunakan bahasa ENGLISH (ALL) dan MALAY je. Ingat ! Kita tak boleh menjual kepada semua orang. Sebab tu kena Spesifik kan lagi targeting dengan letak language.
.
Dan jika anda tak buat setting language ni, ada kebarangkalian utk 'orang luar' seperti mat mat indon, bangla dll yg tengok iklan anda untuk LIKE page atau post anda.


.
3. Salah Pilih 'Placement'
.
Daripada pemerhatian saya, jika anda pilih 'Dekstop Right Column', bilangan orang yang menggunakannya sangat rendah. Dan ternyata ramai yang gemar membeli menggunakan fon. Jadi, target terus iklan di 'Android Smartphone' dan membuatkan iklan anda menjadi murah. 
.
Tak percaya? BUAT dulu baru dapat hasilnya !


.
.
4. Salah Pilih 'Demo Location' - People Who Live In This Location
.
Pernah tak anda rasa kenapa banyak like tapi tak ramai yang membeli ? Jadi, inilahh sebabnya ! 
.
Pilihan di atas adalah lebih spesifik dan baik jika dibandingkan dgn 'Everyone in this location' yang target sesiapa saja yang berada di lokasi tu, termasuklah geng 'orang luar' spt mat2 indon. hehe ..Hati2 ye lepas ni. jangan buat salah lg.


.
.
5. Tak Belajar Teknik FB Ads Yang Berkesan
.
Rata-rata drpd kajian yg saya buat, ramai yg tidak belajar FB Ads dengan betul. Ada yg mengadu, "Buat FB Ads TANPA ILMU tidaklah seindah dan semudah yg disangka. Tanpa strategi, saya main hentam je ! Tekan je mana yg boleh di FB Ads tu. huhu."
.
InsyaAllah jika anda betul2 belajar dan faham tentang FB Ads, ada strategi nak buat mcm mana, anda takkan kisah untuk laburkan kos iklan untuk tarik lebih banyak pelanggan dan tingkatkan lg sales ke dalam acc bank anda. Wow!  


.

Thursday 6 July 2017

Jawatan Kosong Guru/Pensyarah MARA 2017

Wednesday 14 June 2017

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN




Satukan tangan, satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf Lahir Batin


Wednesday 24 May 2017

3 pelatih IKM terima anugerah grafik



SUNGAI PETANI 23 Mei – Seramai tiga daripada 12 pelatih tahun akhir jurusan grafik di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani menerima anugerah masing-masing sempena Program Graphic Design Showcase 2017 di Mydin Mall Taman Batik di sini baru-baru ini.
Urusetia program itu, Khairul Izwan Isa berkata, pe­nganjuran aktiviti itu adalah bagi mem­pa­merkan hasil cipta pe­latih tahun akhir dalam jurusan grafik.
“Setiap karya yang diha­silkan oleh pelatih adalah unik, kre­atif dan berkualiti. Selain itu, produk yang dihasilkan ini boleh masuk pasaran tempatan jika ia dikendalikan dengan lebih serius sebelum tempahan dalam kalangan orang ra­mai.
“Dalam pada itu, menerusi pro­gram ini kita juga turut me­nga­dakan pelbagai aktiviti ter­masuk per­tandingan mewar­na kategori kanak-kanak bawah enam tahun, 12 tahun dan terbuka,” katanya di sini.
Sementara itu, Mohd. Rasydan Akif Mohd. Sawti, 20, dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia tidak menyangka terpilih sebagai penerima Anugerah Rekaan Terbaik pada tahun ini kerana merasakan banyak rekaan pelatih lain juga kreatif dan unik.
“Ini adalah kenangan ma­­nis buat saya dan diharapkan anu­gerah ini menjadi pendo­rong untuk menghasilkan le­bih­ banyak rekaan menarik dan kre­atif bagi merealisasikan impi­an sebagai se­orang pereka,” katanya.
Mohamad Faizal Musa, 20, dari Baling berkata, perhatian serius diberikan tanpa jemu selama dua minggu, sebelum dia dipilih sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik.
“Mungkin ini re­zeki saya me­nerima anugerah ini dan rancangan saya se­­lepas ini adalah un­tuk menyambung pe­nga­jian di tahap lebih tinggi untuk lebih maju dalam bidang grafik,” katanya.

Sunday 21 May 2017

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21


Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang, ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.

1    1.   Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.


2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.


3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.



Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin. 

  By: Cikgu Hailmi

Saturday 20 May 2017

Persiapan Menuju Ramadhan Yang Bakal Tiba

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna” Alangkah ruginya kita jika tidak mengambil manfaat dengan tawaran hebat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t pada bulan Ramadhan.





“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna…

Mungkin ada yang pernah mendengar lagu Ramadhan nyanyian Man Bai dan Raihan suatu masa dahulu.
Walaupun lagu itu sudah bertahun lamanya tetapi setiap kali datangnya bulan Ramadhan, lagu tersebut pasti menjadi pilihan stesen radio mahupun televisyen untuk memutarkannya.
Dengan nada nyanyian yang cukup syahdu dan mendayu di samping menghayati lirik lagu yang ingin disampaikan, cukup membuatkan kita berasa kerdil di sisi Allah s.w.t atas segala amalan yang telah dilakukan selama ini.
Lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadhan dan kita tidak merebut peluang yang ada di dalamnya. Alangkah ruginya kita jika tidak mengambil manfaat dengan tawaran hebat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t pada bulan tersebut.
Lalu, bagaimana caranya untuk kita melakukan persiapan bagi menuju bulan mulia tersebut?
Ramadhan adalah bulan bagi seluruh umat Islam di mana jua mereka berada untuk melaksanakan kewajipan ibadah puasa; yang pastinya memerlukan kekuatan dari sudut fizikal, rohani mahupun jasmani dalam melakukannya.
Berikut dikongsikan beberapa persiapan yang boleh kita lakukan bagi menghadapi bulan yang di dalamnya terkandung 1001 keistimewaan ini;

#1 – Melazimkan Diri Untuk Berpuasa

Seperti sedia maklum, bulan Ramadhan adalan bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk menjalankan ibadah puasa selama sebulan.
Oleh itu, sebaiknya kita melazimkan atau membiasakan diri untuk melatih diri berpuasa sunat pada bulan sebelumnya; seperti puasa Isnin dan Khamis.

#2 – Mencari Guru Agama

Bagi mereka yang baru ingin mendekatkan diri dengan agama, inilah masa yang terbaik untuk dimanfaatkan.
Carilah guru agama yang benar dari sudut kefahaman agamanya, akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain perkara yang berkait agar kita dapat meneladani cara hidup Islami yang sebenarnya.

#3 – Mendekatkan Diri Dengan Masjid Atau Surau

Jika sebelum ini kita terlalu sibuk dengan pekerjaan duniawi sehingga kadang-kadang, jarang-jarang bahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Allah (masjid atau surau).
Maka sebaiknya sebelum melangkah ke bulan Ramadhan ini kita mengambil sedikit masa sama ada setiap kali solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib mahupun Isyak untuk berjemaah bersama masyarakat di masjid atau surau berdekatan tempat kerja atau tempat tinggal kita.

#4 – Mencari Persekitaran Atau Lingkungan Yang Baik

Persekitaran juga turut memainkan peranan yang cukup penting bagi membentuk diri setiap individu. Ia seakan perumpaan bagi hati, jika hati baik maka baiklah seluruh anggotanya.
Namun, jika berlaku sebaliknya, maka sebaliknyalah yang akan berlaku. Jika persekitaran yang didiami itu terdiri daripada mereka yang tidak mengendahkan suruhan agama, dibimbangi kita yang lemah imannya ini juga akan terikut sama dengan mereka.

#5 – Tidak Membazirkan Masa Dengan Aktiviti Yang Sia-sia

Jika sebelum ini kita sibuk dengan gadget, bermain game di siber cafe, melepak di tepi jalan atau warung kopi dari pagi hingga ke petang, sehinggakan ada yang mengabaikan ibadah solat fardu 5 waktu.
Maka menjelangnya Ramadhan ini cubalah untuk mengurangkan aktiviti sebegini dan ubahnya dengan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti memperbanyakkan membaca al-Quran, mempelajari hukum tajwid, menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid, surau atau apa jua karnival yang menjayakannya.
Dan sebenarnya, masih banyak perkara yang boleh kita lakukan sebagai persiapan menghadapi ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Justeru, bersamalah kita untuk menanamkan azam dan niat untuk memperbaiki diri, sama ada dari sudut akhlak, tingkah laku, ibadah, akidah, dan segala aspek kehidupan.
Mudah-mudahan, Ramadhan tahun ini menjadi kenangan indah dan saham akhirat buat kita dalam melaksanakan amal kepada Allah s.w.t, seterusnya beroleh keredhaan di sisi-Nya. InsyaAllah. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.

Monday 15 May 2017

TVET tidak harus dianggap pengajian pilihan kedua



“Hampir 80 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengalaman masa kini dari luar negara
BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak harus dilihat sebagai pengajian pilihan kedua memandangkan hampir 80 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengalaman masa kini dari luar negara.
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Abdul Halim Abas berkata, menjelang tahun 2020, MARA menyasar 50 peratus tenaga kerja berkemahiran yang mampu menggalas tanggungjawab besar dilahir dengan harapan membantu memaju negara.
Justeru, katanya, peranan TVET adalah penting bagi memastikan hasrat tersebut tercapai dan sempurna sekali gus kekal relevan untuk berdepan cabaran dan tuntutan semasa.
“Dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi tahun 2017, kerajaan memperuntuk sebanyak RM2.3 bilion kepada MARA melaksana aktiviti pembangunan.
“Manakala RM1.2 bilion lagi untuk bajet mengurus di bawah sektor pendidikan,” katanya merasmikan Majlis Konvokesyen IKM Bintulu Kali Ke-3 di Dinner World, Bintulu Sentral semalam.
Seramai 184 graduan menerima sijil dalam majlis konvokesyen tersebut.
Turut hadir Pengarah IKM Bintulu, Dr Mohd Nawawi Omar; Timbalan Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal, Azmin Ariffin dan barisan ahli senat IKM Bintuu.
Menurutnya, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan peruntukan besar kepada MARA untuk program pembangunan modal insan.
“Kebolehpasaran graduan MARA meningkat sebanyak 85 peratus membuktikan Institut Pendidikan MARA (IPMa) dan pelan pembangunan pendidikan MARA berjaya mewujud graduan berdaya saing serta mampu mendepani cabaran,” ujarnya.
Jelasnya, pelbagai inisiatif dilaksana oleh bahagian kemahiran dan teknikal MARA dalam memperkukuhkan TVET MARA.
Beliau berkata, bagi memperkasa bidang pendidikan itu, MARA memperkenal Diploma Kompetensi dan Diploma Teknologi dengan syarat kemasukan sangat minimum termasuk bidang elektrik, automotif, pembuatan, industri pembuatan komposit aeroangkasa (MARA-CTRM) dan industri kimpalan (MARA-Sapura Kencana).
“Di IKM Bintulu, dua latihan peringkat sijil telah dinaik taraf kepada pengajian diploma pada 2016 iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan (SIK),” katanya.
Manakala tahun ini (2017) katanya, satu program lagi telah dinaik taraf ke peringkat diploma iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik dan akan ditawar pada sesi Julai 2017.
“IKM Bintulu turut menjalin kerjasama strategik antara industri, institusi dan agensi sehingga ke peringkat tinggi terutama dalam pemindahan ilmu melahir tenaga pakar kompeten.
“Ia selari kemunculan industri baharu yang memerlu kelengkapan dan aspek perubahan sekali gus melangkaui perubahan teknologi,” katanya
Tambahnya, IKM Bintulu satu-satunya institusi turut menekankan usaha untuk melahirkan golongan usahawan yang akan berjaya mewujudkan peluang kerja kepada lain.
Sumber : Utusan Borneo

IKM Bintulu mampu lahir tenaga penuhi pasaran minyak dan gas



BINTULU: Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu mampu menyedia asas kemahiran tinggi membabitkan latihan industri minyak dan gas berdasarkan maklum balas positif hasil kerjasama dengan pemain industri berkenaan.
Pengarah IKM Bintulu, Dr Mohd Nawawi Omar berkata, kemampuan itu berdasar kelebihan memiliki tenaga pensyarah berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menekan proses pembelajaran teori dan amali.
Selain itu katanya, ia juga memiliki kemudahan bengkel, makmal moden seperti ‘Oil Plant Production, Pressure Regulating Skid, Distributed Control System, Fabrication Yard’ dan sebagainya mengikut keperluan industri masa kini.
“Kurikulum direka dan dibangun juga berunsur tiga teras utama iaitu menghasil graduan berketrampilan ‘hands’on’ dalam bidang minyak dan gas, diterima industri dan mudah mengadaptasi diri dengan kerja serta mempunyai sifat, semangat keusahawanan, jati diri serta integriti tinggi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan di Majlis Konvokesyen IKM Bintulu Kali Ke-3 di Dinner World, Bintulu Sentral semalam.
Dr Mohd Nawawi berkata, pendekatan latihan bagi setiap kursus dijalankan di IKM Bintulu berdasarkan format ditetapkan agensi dan badan pengiktirafan di Malaysia seperti Malaysian Quality Accreditation (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan badan profesional lain iatu Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Electrical Inspectorate Unit (EIU).
Katanya, program ditawar bagi memenuhi keperluan industri semasa serta memberi penekanan konsep keusahawanan kepada para pelajar.
Justeru katanya, persediaan segi intelektual diperolehi sepanjang graduan mengikuti pengajian di IKM Bintulu perlu diguna sebaiknya untuk menjana aspek pembangunan negara sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun sosial.
Dalam pada itu katanya, melihat kepada pelan rancangan pembangunan negara bagi tempoh 2016-2020, TVET akan menjadi platform penting meningkat jumlah tenaga kerja mahir menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Katanya, pelbagai langkah dikemuka kerajaan untuk pembangunan serta pengukuhan aspek teknikal dan vokasional ini.
Terdahulu seramai 184 graduan menerima sijil termasuk 15 graduan menerima anugerah khas dalam lima program pengajian iaitu Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan, Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Struktur, Sijil Teknologi Kejuruteraan Intsrumentasi dan Kawalan Loji, Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji dan Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik.
Graduan Terbaik Keseluruhan sesi Januari-Jun 2016 ialah Aiman Khair Ibrahim dan Mohd Asnawi Nain (Julai-Disember 2016).
Diikuti Anugerah Graduan Terbaik Program 2016 diraih oleh Felix Farrel Francis, Dayang Nur Atikah Awang Rafaie, Hillary Lenteng Mail, Aiman Khair Ibrahim, Muhammad Nur Hasif Sajali, Mohd Asnawi Nain, Christopher Eli, Dino August dan Mohammad Nizam Sukasno.
Anugerah Khas Industri 2016 pula diterima oleh Syeful Azlan Sarkawi Mahmud, Eric Chia Mau, Sheila Ulat Lidin dan Alfred Kuan Hua.

Wednesday 10 May 2017

Tips Usahawan Berjaya

  • Aliran Tunai
Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya.
Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju.
  • Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan.
Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan.
Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda.
  • Fokus
Fokus pada satu perniagaan yang anda usahakan dan jadikan diri anda pakar dan tahu apa yang anda niagakan untuk menaikkan jenama anda sendiri.
Jangan tamak! Ia adalah satu sebab kenapa ramai usahawan yang kecundang kerana terlalu cepat fikir tentang keuntungan. Fikirkan keuntungan jangkamasa panjang.
  • Bina Networking
Bina rangkaian network perniagaan anda sebelum anda memerlukannya. Hubungan dengan rakan-rakan perniagaan juga penting. Simpan rekod setiap orang yang anda jumpa.
Minta nasihat, bantuan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Berkongsi idea dan pendapat dengan rakan perniagaan salah satu cara anda mengetahui lebih lagi tentang dunia perniagaan.
  • Percaya Pada Diri Sendiri
Kepercayaan diri adalah perkara yang terbesar harus ada pada diri kita, dan ia adalah penting untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan usahawan serta orang-orang yang berilmu, berpegalaman dan pelajari tip-tip usahawan dari mereka.
Sentiasa yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Hasilnya, semua yang anda usahakan akan berbaloi.
Kepercayaan diri adalah jambatan antara impian dan impian itu akan menjadi kenyataan.