Terdapat kita-kira 1,173 spesis pokok, dengan 286 genus dan 81 keluarga pokok menjadikan Lambir sebagai salah satu hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan di Malaysia. Haiwan liar juga boleh dijumpai di kawasan pedalaman taman, terutamanya monyet, beruang, tenggiling dan kelawar.
Waktu terbaik untuk melawat taman ini adalah di waktu pagi, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berjalan di sepanjang denai di taman. Tarikan utama taman ini adalah air terjun yang cantik, dan Air Terjun Latak yang terletak hanya 0.18 km adalah yang paling dekat. Ia mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari pejabat Taman. Anda akan mengambil masa yang lebih lama, jika anda berhenti untuk melihat flora dan fauna di sepanjang jalan.
Sebelum memasuki taman, anda perlu mendaftar di pejabat Taman di mana pemandu arah akan memberi penerangan mengenai beberapa peraturan keselamatan sebelum memasuki taman. Jika anda mahu ke air terjun yang terletak lebih jauh, adalah lebih baik jika anda bertolak di awal pagi kerana perjalanan akan mengambil masa beberapa jam. Pemandu arah juga akan mengiringi pelawat ke pintu keluar pada pukul 5 petang kerana pintu pagar taman akan ditutup pada masa ini.
Antara air terjun lain di dalam taman adalah yang terletak di denai Pantu seperti air terjun Pantu dan Nibong. Perjalanan ke sana memakan masa selama dua jam. Selain itu, terdapat juga air terjun Pancur, Tengkorong dan Dinding di sepanjang denai Bakam. Denai utama yang lain adalah Main dan Lepoh-Ridan. Terdapat banyak lagi denai di dalam taman, dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Taman.
Terdapat sebuah Menara Pokok setinggi 22 meter di Denai Pantu, kira-kira satu kilometer dari pejabat Taman. Pelawat boleh memanjat naik dan melihat pemandangan hutan Dipterocarp yang mengagumkan. Ia juga tempat yang bagus untuk mengkaji burung.
Mari melawat Taman Negara Bukit Lambir dan nikmati salah satu keajaiban alam semula jadi yang terbaik.
0 comments:
Post a Comment