Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa
yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan
dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah
pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu terus
diamalkan pada masa sekarang.
1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak
canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu
kandungan dalam subjek yang diajarnya.
2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas.
Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif dan mesra pelajar.
3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk
faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru
abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan
kebolehan mereka.
4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para
pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika
belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik
sebagai seorang pendidik.
5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar.
Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi
perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan
untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
6. Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu
ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir
dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga
perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk
belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu
membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
By Cikgu Hailmi
By Cikgu Hailmi
0 comments:
Post a Comment