Recent Posts


Extended Network Banners

BISNES



Top of Form
Bottom of Form

Nama Program
Program ini dinamakan sebagai Program PUTRA. Perkataan PUTRA menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah ‘pengganti pemimpin'. Dalam konteks ini, PUTRA adalah merujuk kepada usahawan generasi baru.
Tujuan Program
Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda terutama pelajar IPMa atau lepasan IPMa yang mahu memulakan perniagaan buat kali pertama.
Bidang Perniagaan/Perusahaan
Semua bidang perniagaan (termasuk perniagaan online),kecuali pertanian dan penternakan.
Fokus
·         Pelajar / lepasan IPMa yang telah menamatkan pengajian di IPMa (<12 bulan).
·         Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan berkenaan.
·         Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
·         Mempunyai lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika berkaitan.
Skop Kemudahan
·         Pembelian aset perniagaan
·         Modal Pusingan
Permohonan
·         Bagi pelajar IPMa (GIATMARA, IKM/KKTM, KPTM, KPM, UniKL), permohonan boleh dihantar kepada pihak institusi pengajian masing-masing.
·         Bagi lepasan IPMa, permohonan boleh dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) di mana perniagaan itu dijalankan.
Had Pembiayaan
Had maksimum pembiayaan adalah berjumlah RM10,000.00 tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan.
Konsep Pembiayaan
Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan. Di bawah kaedah ini, pelanggan tidak dikenakan sebarang kadar keuntungan untuk pembiayaan yang diberikan.
Bayaran Balik Pembiayaan
Tempoh bayaran balik maksimum ialah tiga (3) tahun / 36 bulan.
Tempoh Bernafas
Tempoh Maksimum – Tiga (3) bulan selepas penerimaan pembiayaan.
Cagaran dan Jaminan
Kemudahan ini tidak memerlukan sebarang cagaran atau jaminan. Walau bagaimanapun, pemohon perlu mengemukakan seorang penyokong (referee) di kalangan keluarga terdekat.
* Semua permohonan adalah tertakluk kepada kedudukan dana program yang diagihkan kepada setiap negeri.
* IPMa : Institusi Pendidikan MARA



0 comments:

Post a Comment