- Aliran Tunai
Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya.
Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju.
- Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan.
Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan.
Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda.
- Fokus
Fokus pada satu perniagaan yang anda usahakan dan jadikan diri anda pakar dan tahu apa yang anda niagakan untuk menaikkan jenama anda sendiri.
Jangan tamak! Ia adalah satu sebab kenapa ramai usahawan yang kecundang kerana terlalu cepat fikir tentang keuntungan. Fikirkan keuntungan jangkamasa panjang.
- Bina Networking
Bina rangkaian network perniagaan anda sebelum anda memerlukannya. Hubungan dengan rakan-rakan perniagaan juga penting. Simpan rekod setiap orang yang anda jumpa.
Minta nasihat, bantuan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Berkongsi idea dan pendapat dengan rakan perniagaan salah satu cara anda mengetahui lebih lagi tentang dunia perniagaan.
- Percaya Pada Diri Sendiri
Kepercayaan diri adalah perkara yang terbesar harus ada pada diri kita, dan ia adalah penting untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan usahawan serta orang-orang yang berilmu, berpegalaman dan pelajari tip-tip usahawan dari mereka.
Sentiasa yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Hasilnya, semua yang anda usahakan akan berbaloi.
Kepercayaan diri adalah jambatan antara impian dan impian itu akan menjadi kenyataan.
0 comments:
Post a Comment