Recent Posts


Extended Network Banners

Sunday 11 February 2018

Panduan Mendaftarkan Perniagaan di Pejabat Daerah Bintulu


Pendaftaran Perniagaan
1) PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah yang
berdekatan dengan percuma. Jenis perniagaan yang boleh
didaftarkan:-

  • Enterprise
  • Sdn. Bhd. (untuk lesen perdagangan sahaja)
Prose pendaftaran nama-nama perniagaan mengambil
masa 14 hari bekerja.

Undang-Undang :

  • Ordinan Nama-Nama Perniagaan (Bab 64)
  • Akta Syarikat 1965
  • Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
  • Kanun Tanah Negeri Sarawak
  • Ordinan-Ordinan Pihak berkuasa Tempatan
  • Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Yuran
  • RM50.00 (Sijil Pendaftaran)
  • RM25.00 (Lesen Perdagangan)
  • RM 2.00 (Extract)
  • Jumlah RM77.00 (dibayar selepas lesen diluluskan)


2) PENDAFTARAN PERNIAGAAN ENTERPRISE

Nama Syarikat yang akan didaftar mestilah tidak dipunyai atau
digunakan oleh syarikat-syarikat yang sudah didaftarkan.

Dokumen-dokumen diperlukan :

1.    Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan.
2.    Cop Syarikat Mengandungi Nama Firma dan beralamat penuh.
3.    Salinan Surat Perjanjian dengan pemilik premis jika tempat
      berniaga disewa (Tenancy Agreement).
4.    Salinan surat tanah atau surat jual-beli, jika tempat berniaga
kepunyaan sendiri (Sale & Purchase Agreement).

Nota : Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersial
atau Lot Perindustrian dan bukan lot pertanian atau lot kediaman.
Semua jenis surat perjanjian dikehendaki membayar Stem Hasil  
di Pejabat LHDN (stamping)

Pegawai Untuk Dihubungi :

1.

Pejabat Daerah Bintulu
086-331896
2.
Pejabat Daerah Bintulu
086-331896
3.

Pejabat Daerah Tatau


Sumber:- 
http://www.bintulu.sarawak.gov.my
086-584717



0 comments:

Post a Comment