Wednesday, 26 July 2017
PELUANG MENJADI USAHAWAN!!!!
July 26, 2017
No comments
Sukacita dimaklumkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memberi mandat kepada agensi-agensi di bawah KKLW dan GIATMARA sebagai agensi pelaksana bagi Program Mobilepreneur@KKLW.
Program Mobilepreneur@KKLW adalah program yang memberi peluang kepada belia Malaysia yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40) dan menunjukkan kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan mereka di luar bandar.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada belia luar bandar yang berpendapatan rendah B40 iaitu menggunakan asas pendapatan kurang daripada RM3,860.00
SASARAN/KELAYAKAN PESERTA
a. Bumiputera
b. Lepasan pelatih dari Institusi/Pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan/Badan Berkanun/Badan Professional Lain.
c. Mempunyai Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau setaraf
d. Dari kalangan Miskin Tegar, Miskin dan B40 sahaja
e. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun
f. Memiliki sekurang-kurangnya lesen Motosikal kelas B2
g. Keutamaan kepada masyarakat luar bandar/pinggir bandar
Program Mobilepreneur@KKLW memberi fokus kepada perkhidmatan dan bukan produk. Skop perkhidmatan Mobilepreneur@KKLW memberi tumpuan kepada 13 perkhidmatan berikut:-
a. Perkhidmatan Automotif
b. Perkhidmatan Penghawa Dingin
c. Perkhidmatan Elektrikal
d. Perkhidmatan Spa dan Kecantikan
e. Perkhidmatan Jahitan
f. Perkhidmatan Gunting/Dandanan Rambut
g. Perkhidmatan Motosikal
h. Perkhidmatan Kimpalan
i. Perkhidmatan Komputer
j. Perkhidmatan Elektronik
k. Perkhidmatan Senggaraan Paip
l. Perkhidmatan Senggaraan Bangunan
m. Perkhidmatan Fotografi
SKOP BANTUAN peserta adalah seperti berikut:-
a. Motosikal - RM5,000
b. Peralatan - RM3,500
c. Latihan & Pembangunan Keusahawanan - RM1,500
***Jumlah Peruntukan Per Peserta = RM10,000
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan terbuka kepada mana-mana peserta daripada Institusi atau Pusat Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan-Badan Profesional.
Peserta telah menjalani kursus kemahiran dan telah mempunyai Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat minima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II atau yang setaraf.
Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat GIATMARA Negeri, pusat GIATMARA dan di semua agensi di bawah KKLW.
Info lanjut sila klik>>> http://lynk.my/yS2H
Saturday, 8 July 2017
5 KESILAPAN PENIAGA BILA BUAT IKLAN FB ADS
5 KESILAPAN PENIAGA BILA BUAT IKLAN FB ADS 💥
===========================
.
1. Tak Buat Customer Avatar
.
Apakah itu Customer Avatar ? Customer Avatar adalah seperti biodata bakal customer anda. Anda dah ada produk untuk dijual kepada bakal customer anda. Tapi, siapakah mereka ?
.
Di mana mereka tinggal ? Mereka ini jantinanya apa ? Apakah status mereka ? Dah ada anak belum ? Masih bekerja ataupun tidak ? Anggaran Umur ?
.
Kenapa penting sangat customer avatar ni?
.
Iklan anda lebih berkesan jika anda tahu pada siapa yg perlu lihat iklan produk anda. Dan anda tak perlu membazir wang untuk iklan pada yg tak mungkin akan membeli.
.
Lagi satu memudahkan anda buat ayat iklan. Ia lebih mudah ditulis jika kita tahu pada siapa kita nak sampaikan, siapa yg kita nak suruh beli. Contoh iklan ni tuju pada wanita, tapi copywriting cerita tentang lelaki ? memang takk ngam laa! aigoooo..
.
.
2. Tak Letak 'Language' di Bahagian Setting
.
Kecilkan audiens anda dengan target pada audiens yg menggunakan bahasa ENGLISH (ALL) dan MALAY je. Ingat ! Kita tak boleh menjual kepada semua orang. Sebab tu kena Spesifik kan lagi targeting dengan letak language.
.
Dan jika anda tak buat setting language ni, ada kebarangkalian utk 'orang luar' seperti mat mat indon, bangla dll yg tengok iklan anda untuk LIKE page atau post anda.
3. Salah Pilih 'Placement'
.
Daripada pemerhatian saya, jika anda pilih 'Dekstop Right Column', bilangan orang yang menggunakannya sangat rendah. Dan ternyata ramai yang gemar membeli menggunakan fon. Jadi, target terus iklan di 'Android Smartphone' dan membuatkan iklan anda menjadi murah.
.
Tak percaya? BUAT dulu baru dapat hasilnya !
.
.
4. Salah Pilih 'Demo Location' - People Who Live In This Location
.
Pernah tak anda rasa kenapa banyak like tapi tak ramai yang membeli ? Jadi, inilahh sebabnya !
.
Pilihan di atas adalah lebih spesifik dan baik jika dibandingkan dgn 'Everyone in this location' yang target sesiapa saja yang berada di lokasi tu, termasuklah geng 'orang luar' spt mat2 indon. hehe ..Hati2 ye lepas ni. jangan buat salah lg.
.
.
5. Tak Belajar Teknik FB Ads Yang Berkesan
.
Rata-rata drpd kajian yg saya buat, ramai yg tidak belajar FB Ads dengan betul. Ada yg mengadu, "Buat FB Ads TANPA ILMU tidaklah seindah dan semudah yg disangka. Tanpa strategi, saya main hentam je ! Tekan je mana yg boleh di FB Ads tu. huhu."
.
InsyaAllah jika anda betul2 belajar dan faham tentang FB Ads, ada strategi nak buat mcm mana, anda takkan kisah untuk laburkan kos iklan untuk tarik lebih banyak pelanggan dan tingkatkan lg sales ke dalam acc bank anda. Wow! :D
.
Thursday, 6 July 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)